Monday, December 14, 2009

Giveaway Beautiful Napkin

STICKY MODE




Jalan-jalan kat blog Kak Azlina jumpa lak contest nih.  Haha masuk contest lagi tapi entahlar aku sekarang nih tengah mood nak masuk contest jer.  Oklah contest nih dianjurkan oleh Razna Creation.  Menarik betul sebab hadiah-hadiahnya yang cantik dan yang kita pilih sendiri.  Lagipun senang bangat contestnya cuma pilih jer mana-mana napkin yang kita suka dan ikut syarat-syaratnya.

Prize ; 10 pcs paper napkin, any size, any price + mystery gift


Syarat penyertaan;

1. Choose any (10) paten must be ten (10) different code, choose from the shop eg: M001 , M008 ….(this will be your gift)

Ini 10 paten pilihan saya:-

1. M190-s
2. M185
3. M114
4. M060
5. M130
6. M187
7. M036-s
8. M189-s
9. M161
10. M149
2. Tulis satu entri berkenaan give away ini berserta link ( photo diatas mesti dimasukkan) senarai kan di entry anda itu sepuluh (10) tisu tersebut.

Dah buat seperti di atas


3. Add Razna Creation blog link your blog

Ok, dah

4. Tinggalkan komen disini beserta link ke blog anda. xde blog? create one.. easy maa ..mesti ada link blog ya! so we are connected..

Ok, dah

5. Untuk menukar list hadiah sebelum tarikh tutup giveaway ini. Buat (1) hingga (4) sekali lagi.

Pemenang akan ditentukan dengan cabutan bertuah pada tarikh 14/12/2009.

rugi kalau tak join,, hadiah pilih sendiri lagi haaa

ps: hadiah tertakluk pada stok hari cabutan nanti.

sekiranya salah satu pilihan anda kehabisan stok, anda berhak memilih yang lain.



Lina

Friday, November 27, 2009

Blog Header Make Over Contest

STICKY MODE



Tengah blogwalking kat KedaiGambarKami ada pulak contest nih.  Menarik nih sebab aku pun dah lama nak buat blog header yang baru.  Nak buat sendiri bukannya tak reti tapi malas tak ada masa langsung hehehe.  Lagipun kalau menang contest nih... insya-Allah boleh dapat free jer.  Ok seperti biasa mesti ada syarat-syaratnya kan seperti di bawah ni.

Syarat2:


1.Copy & paste banner contest.Letakkan dlm entry dan juga pada sidebar beserta link ke blog ini.

Dah buat.

2.Tak perlu jadi follower (tapi dialu2kan!)
Memang dah jadi follower pun.

3.Buat satu entry khas mengenai contest ini. Nyatakan apa yang anda tahu mengenai produk2 KedaiGambarKami dan nyatakan juga mengapa anda yang layak mendapat blog header makeover.

Ok ini yang menentukan sama ada penyertaan aku nih memenuhi syarat atau tak.  Ini yang paling penting aku kene buat.

Apa yang anda tahu mengenai produk2 di Kedai Gambar Kami?

KedaiGambarKami ni adalah blog milik sepasang suami isteri.  Pada mulanya mereka mengambil gambar untuk suka-suka saja tapi lama kelamaan mereka menjadikannya sebagai kerja sambilan.  Semakin hari banyak produk-produk yang mereka keluarkan.  Setakat ini produk-produk KedaiGambarKami ialah Photography Packages yang terbahagi kepada 3 pakej iaitu family, student dan exclusive.  KedaiGambarKami juga menghasilkan photobook iaitu pocket photobook dan coffee table photobook yang amatlah berbaloi-baloi untuk dimiliki.  KedaiGambarKami juga menyediakan design blog header dan juga banner yang amat kreatif, cantik dan menarik.  Semua produk KedaiGambarKami boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan.

Mengapa anda yang layak mendapat blog header makeover?

Saya layak untuk mendapat blog header makeover ini adalah kerana blog saya amat memerlukan blog header yang baru.  Setelah saya membuat sedikit makeover ke atas layout blog saya jadi blog header saya juga perlu sentuhan baru.  Bukan blog header yang sedia ada ini tidak menarik tapi saya nak menyerlahkan lagi blog saya.  Saya nak sebuah blog header yang dapat menggambarkan diri saya, sesuatu yang simple dan tidak terlalu crowded tetapi tetap menarik dan kreatif.  Lagipun keluarga saya dah ada seorang ahli baru iaitu Amsyar Iqbal yang baru berusia 3 bulan jadi saya mahu dia turut sama dalam blog header tersebut.  Lagi satu saya sentiasa mengikuti blog KedaiGambarKami dan saya amat suka bergambar dan mengambil gambar. 

4. Tinggalkan komen pada entry contest ini beserta dgn link ke entry anda (bukan link blog shj, sy nak link ke entry contest k...)

Ok, dah buat.


5.Contest ini bermula pada 13 November 2009 dan tamat pada 27 November 2009(14 hari).

6.Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah.


Hadiah2 nya:

Hadiah utama:

Rotational 3 Personalised Blog Header (macam header blog ini)


Hadiah saguhati x 4:

1 customizable Blog Header


Ok, inilah penyertaan aku untuk contest ini.  Harap-harap adalah rezeki dan tuah aku dan anak-anak untuk menang contest ini, insya-Allah.  Jomlah kawan-kawan kita sama-sama join contest ini.



Lina

Saturday, November 21, 2009

Tahniah!!!

Hari Khamis lepas kan dah keluar keputusan UPSR.  Belah family aku ada sorang anak sedara aku yang ambil UPSR, belah Khairol pula ada 2 orang.


Yang aku tunjuk dengan anak panah tu anak sedara aku, Ika iaitu anak kakak aku yang duduk kat Johor Bahru.  Ini anak dia yang kedua. Alhamdulillah Ika dapat 4A 1B.


Yang peluk Qistina tu Nisa atau kitorang panggil Kak Chik, anak sedara Khairol iaitu anak kakak dia.  Sekarang ni diorang duduk kat Sarawak ikut ayah dia yang bertukar ke sana.  Kak Chik dapat 3A 2B.


Yang aku bulatkan gambar tu anak sedara Khairol, Aiman iaitu anak abang dia yang sulong.  Aiman sekolah Cina jadi banyaklar subjek yang dimbil.  Walau bagaimanapun Aiman cuma dapat 1A jer yang lain tak pasti dapat apa.  Tak apalah itu saja rezeki yang dia dapat mungkin bila naik menengah lain pula kan.

Itulah keputusan anak-anak sedara aku untuk UPSR tahun ni.  Tahniah kepada semua ya!

Lina
Lina

Why I Wish To Have A Portraiture Session With TRIPLETSplusONE?

STICKY MODE



Masuk contest lagi!  Hehehehe ni jumpa masa jalan-jalan kat blog ieda.  Macam menarik jer sebab hadiahnya adalah sesi fotografi.  Bukan senang nak dapat hadiah cam tu kan so tak salah kalau mencuba.
Seperti biasa syarat-syaratnya adalah seperti di bawah:-

Wish to have a portraiture session


with TRIPLETSplusONE?

Here's your chance to have a

session for FREE.

Yes, for FREE!!!

All you have to do is write an entry in your blog title "Why I wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE" and link your blog to www.TRIPLETSplusONE.com. Of coz you would need to mentioned bout TRIPLETSplusONE in your blog! It is up to you how you want to write it, use your creativity. But you will need to include at least one latest photo of your child / children. Closing date will be on the 21th November. Please leave a comment here together with the link to your blog of your entry on this competition. Winner will be choosen based on creativity of the entry and also traffic to my blog.

Ok, why I Wish to have a portraiture session with TRIPLETSplusONE?

1. Saya suka mengambil gambar anak-anak saya.  Oleh kerana dah selama ni asyik ambil gambar sendiri jer jadi saya naklah gambar anak-anak saya diambil oleh mereka yang profesional.  Sudah tentunya hasil lagi menarik.

2.  Anak sulung saya dah berumur 3 tahun dan dah pandai bergaya jadi jika ada sesi fotografi yang proper tentu boleh ambil gambar yang menarik.

3. Anak kedua saya sungguh comel bila ketawa jadi saya nak abadikan gambarnya dengan cantik dan sempurna.

4. Yang penting sekali kalau ada rezeki menang, dapat potraiture session secara percuma.  Bukan senang nak dapatkan peluang ini jadi saya rebut peluang ini untuk anak-anak saya.

Ini gambar anak-anak saya yang terbaru.


















Bila saya jalan-jalan kat website TRIPLETSplusONE ni banyak pakej-pakej menarik yang ditawarkan.  Saya rasa yang paling menarik ialah pakej di bawah ini.



Bukan senang nak capture gambar baby kita yang baru dilahirkan.  Kadang-kadang suami kita pun terlupa sebab sibuk dengan kita kan.  Jadi, bila ada pakej macam ni kita boleh capture moment yang hanya sekali seumur hidup bagi baby kita.  Bila tengok gambar-gambar yang diambil memang cantik dan menarik.

The prizes are:

1st Place: ONE HOUR PORTRAITURE SESSION

2nd Place: RM150 Voucher

3rd Place: RM100 Voucer

*voucher is not valid for the Special Delivery: Fresh from Oven session **Those outside KL who wish to participate are most welcome, however portraiture session will be held in KL.


Lina

Friday, November 20, 2009

Bulu Mata


Korang tengok gambo kat atas apa sebenarnya korang fikir aku nak tunjukkan.  Rasanyang  apa yang paling ketara nampak kat gambo tu?  Oklar... oklar... sebenonya aku nak tunjuk apa yang paling aku jeles kat anak dara aku Qistina (motif menjeles dengan sendiri ish... ish... ish...).  Tengok lar bulu mata dia yang panjang melentik tu.  Tak payah pakai mascara tak pakai fake eyelashes sumer memang natural semulajadi.



Mari kita tengok close-up yer.  Panjang dan lentik kan puan-puan hehehe.  Kalau mamanya ni nak lentik bulu mata mengadaplar pagi-pagi depan cermin pakai mascara maybelline tu.  Anak aku tak payah pakai-pakai mascara dah jimat belanja.  Pelik juga macam mana bulu mata dia boleh lentik cantik padahal bulu mata aku dan ayah dia biasa je.  Takpelar mamanya tumpang bangga jelar.

Lina

Broadband Ohh... Broadband

Korang pernah tak alami macam aku ni terutama pengguna Celcom Broadband.  Sejak 2 minggu ni aku selalu je mengalami masalah bila connecting.  Nak kata takde line cuba korang tengok gambo kat bawah ni.



Tengok tu punya lar silau terang menyala kaler hijau tu tandanya connecting tu excellent tapi cuba korang tengok gambo di bawah ni bila aku nak buka internet.



Internet Explorer cannot display the webpage.  Bila aku klik kat diagnose connection problems tak ada apa-apa problem pun.  Kadang-kadang kalau dah dapat line punyalar lama nak dapat webpage yang kita buka tu.

Jadi, ada sapa-sapa tak yang alami masalah yang sama cam aku ataupun boleh menjawab masalah aku dengan celcom broadband ni.  Kalau ada kalangan blogger yang staf celcom ataupun pihak-pihak celcom yang terbaca blog aku ni tolonglah selesaikan masalah aku ni.

 Lina